<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d35535922\x26blogName\x3dThe+Fairytales,Wife+and+a+Mother\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://july80.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://july80.blogspot.com/\x26vt\x3d-141458345386424039', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

The Fairytales,Wife and a Mother

Let me tell you one story, once upon a time ...
 

Mariam Terima Ole'ole daripada anak2nya.

Mariam seronok berbaju kurung


SEOUL: Mariam Johari yang bertemu dua anaknya kelmarin selepas 64 tahun berpisah, semalam menerima dua lagi ‘hadiah’. Beliau menerima sebentuk cincin dan sepasang baju kurung biru lengkap dengan tudung daripada anaknya, Ramlah Sonni dan Jelani pada pertemuan kedua di rumah anak tiri Mariam, di Uijongbu.

Mariam berkata, hadiah itu sangat istimewa kerana sebelum ini beliau tidak terfikir akan menerima buah tangan daripada anak kandungnya yang disangka sudah tidak ada.Pada pertemuan itu, Ramlah menyarungkan cincin suasa bertatah batu hiasan kepunyaannya pada jari ibu dan Mariam terus mencium pipi Ramlah sambil berkata, ‘kamsa hamida’ (terima kasih dalam bahasa Korea) kepada anak sulungnya itu.Membuka bungkusan plastik berisi sepasang baju kurung pemberian Jelani, Mariam tanpa berfikir panjang terus memakainya dan mencium Jelani.

Ramlah dan Jelani berkunjung ke rumah Ji Yong Un, 56, pada jam 1.30 tengah hari (waktu Korea) bagi menemui ibu mereka buat kali kedua.Setibanya di rumah itu, mereka disambut isteri Ji, Shin Sook Hyun dan dipelawa masuk sebelum Mariam memberikan salam kepada mereka.“Assalamualaikum,” kata Mariam sekali gus bertepuk tangan kegembiraan bertemu anaknya yang disangkanya hanya sekali pada pertemuan di studio Korea Broadcasting System (KBS) bagi rakaman program Love in Asia kelmarin.

Mariam berkata, beliau terkejut kerana tidak menyangka anaknya itu datang mengunjunginya di rumah itu.Ramlah berkata, ibunya kelihatan berminat dengan cincin yang dipakainya bagi majlis pertemuan itu, lantas beliau terus memberikannya kepada Mariam.Jelani pula berkata, ketika pertemuan pertama kelmarin, beliau melihat ibunya memakai pakaian tradisional Korea iaitu ‘Hambok’ namun hari ini beliau bangga apabila dapat melihat ibunya memakai pakaian Melayu.“Seperti niat sebelum ini, saya hendak menyerahkannya apabila berjumpa... inilah pemberian tidak seberapa yang dapat saya berikan selain kuih muih termasuk bahulu dan lempuk durian,” katanya.

Ketika mereka sekeluarga berbual mesra dengan Mariam, Jelani menunjukkan beberapa gambar terbaru anggota keluarga kepada ibunya itu sambil bercerita kisah lama sebelum ibunya hilang dan sejak ketiadaan Mariam.“Saya dan kakak berpeluang menyuap semua kuih yang dibawa, memakaikan klip rambutnya dan memeluk mak sepuas-puasnya,” kata Jelani sebelum menikmati makanan Korea yang disediakan Shin.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

» Post a Comment
 
   





© 2006 The Fairytales,Wife and a Mother | Design by pHiz.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.