<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d35535922\x26blogName\x3dThe+Fairytales,Wife+and+a+Mother\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://july80.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://july80.blogspot.com/\x26vt\x3d-141458345386424039', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

The Fairytales,Wife and a Mother

Let me tell you one story, once upon a time ...
 

Penantian Mariam 64 tahun berakhir

Penantian Mariam 64 tahun berakhir


MARIAM Johari, dipeluk oleh dua anaknya, Jelani Sonni dan Ramlah (kanan) ketika mereka dipertemukan di studio rakaman Korea Broadcasting System (KBS) di Seoul, Korea Selatan, semalam.

KUALA LUMPUR 18 Julai – Penantian Mariam Johari, 86, untuk dipertemukan semula dengan tiga orang anaknya selepas terpisah selama 64 tahun berakhir hari ini apabila dua daripadanya hadir di studio rakaman Korean Broadcasting System (KBS), Seoul, Korea Selatan.

Mereka disatukan kembali dalam suasana penuh menyayat hati yang turut merentap jiwa para penonton yang memenuhi studio berkenaan ketika program khas merakam detik-detik bersejarah itu berlangsung.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae tidak tahu menahu mengenai pertemuan yang diatur oleh pihak KBS dengan kerjasama Pergerakan Puteri UMNO sehinggalah kedua-duanya melangkah masuk ke studio rakaman tersebut.

Wanita kelahiran Plentong, Johor itu kelihatan terkejut dan terketar-ketar kegembiraan apabila melihat Ramlah Sonni, 72, dan Jelani, 70, bergerak ke arahnya.

Anak bongsunya, Jamnah, 65, yang paling disebut-sebut oleh Mariam bagaimanapun tidak hadir kerana masalah kesihatan.

Detik-detik pertemuan penuh dramatik menyebabkan air mata dua beradik berkenaan tumpah berjurai manakala Mariam yang berwajah pilu terkedu apabila dipeluk oleh kedua-dua anaknya itu.

Mariam yang hadir berpakaian kebangsaan Korea dilihat bergenang air matanya tidak mahu melepaskan tangan kedua-dua anaknya sepanjang pertemuan itu.

Suasana syahdu yang semakin menyelubungi studio rakaman tersebut turut dikongsi oleh pengacara program, wartawan dan delegasi Puteri UMNO yang menangis teresak-esak apabila cucu Mariam (anak lelaki Ramlah), Ahmad Onn dan menantu Jamnah, Siti Zainab Noor dibawa masuk menemuinya sejurus selepas itu.

Pertemuan tersebut yang menggunakan perantara jurubahasa Korea selama 55 minit akan disiarkan oleh KBS esok.

Mariam terputus hubungan dengan ketiga-tiganya selepas mengikut seorang lelaki rakyat Korea, Cho Se Won pulang ke negaranya ketika Perang Dunia Kedua pada tahun 1946.

Ramlah dan Jelani masing-masing ketika itu berusia lapan dan enam tahun manakala Jamnah baru dilahirkan.

Ketua Puteri UMNO, Datuk Noraini Ahmad ketika mengulas pertemuan tersebut berkata, rakaman tersebut bermula dengan latar belakang kedatangan Mariam ke negara itu selepas mengikut Se Won.

Menurut Noraini, penonton turut diperlihatkan dengan kesengsaraan Mariam ketika menetap di Korea serta usahanya menemui jalan buntu sebelum meminta bantuan KBS menjejaki anak-anaknya di Johor.

Ujar beliau, kemuncak rakaman itu menyaksikan Mariam menyebut-nyebut nama anak-anaknya sebelum mereka dibawa keluar dari belakang pentas dalam keadaan membelakangkan wanita itu.

Menurut Noraini, Puteri UMNO berpuas hati kerana segala penat lelah untuk menemukan kembali anak-beranak itu beroleh kejayaan.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

» Post a Comment
 
   





© 2006 The Fairytales,Wife and a Mother | Design by pHiz.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.