<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d35535922\x26blogName\x3dThe+Fairytales,Wife+and+a+Mother\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://july80.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://july80.blogspot.com/\x26vt\x3d-141458345386424039', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe", messageHandlersFilter: gapi.iframes.CROSS_ORIGIN_IFRAMES_FILTER, messageHandlers: { 'blogger-ping': function() {} } }); } }); </script>

The Fairytales,Wife and a Mother

Let me tell you one story, once upon a time ...
 

Marian Korea

Saya berasa amat bersalah’


“PERIT rasa hati ini bila mengenangkan terpaksa meninggalkan anak yang masih kecil untuk mengikuti Cho Se Won (teman lelaki) ke Korea berjumpa ibu bapanya meminta restu perhubungan kami. Rasa amat bersalah yang membelenggu diri selama ini sememangnya tidak dapat saya gambarkan dengan kata-kata,” kata Mariam Johari, 86, sebak ketika ditemui di Hospital Perbandaran Dong-Bu, di sini, semalam.

Mariam atau nama Koreanya, Kim Soon Ae, dengan nada suara yang terketar-ketar ketika menyambung perbualannya berkata, perasaan serba salah terhadap anaknya, Ramlah Sonni, 72; Jelani, 70 dan Jamnah, 65, semakin menebal apabila mengetahui mereka masih hidup dan sihat.

Katanya, sehingga ke hari ini beliau sakit hati setiap kali terkenangkan tindakannya itu dan tidak pernah memaafkan perbuatannya.

Mariam berkata demikian dalam temuramah selama 30 minit bersama wartawan Berita Harian, Harian Metro dan New Straits Times (NST) dengan dibantu penterjemah, seorang pelajar Malaysia di Korea Selatan, Yen Mun Wah.

Anak kelahiran Kampung Sungai Tengkorak, Plentong, Johor Bahru itu berkata, ketika itu beliau diberitahu hanya akan ke Hampyong, Korea Selatan, selama sebulan untuk diperkenalkan kepada ibu bapa Cho.

“Kami berkenalan ketika menjadi buruh paksa di Senai. Ketika itu, kehidupan kami memang sukar.

“Selepas tamat peperangan, Cho berkata, beliau ingin membawa saya pulang ke kampungnya di Hampyong, untuk mendapat restu ibu bapanya sebelum kami pulang semula ke Tanah Melayu untuk melangsungkan perkahwinan,“ katanya.

Katanya, sebagai ibu, beliau sudah berusaha pelbagai cara untuk pulang berjumpa anaknya di kampung halamannya, termasuk pergi ke Kedutaan Malaysia di Seoul pada 1987 tetapi gagal dan berserah pada takdir untuk bertemu semula dengan mereka.

Apabila ditanya apakah perkara pertama yang akan diucapkan jika ditakdirkan berjumpa dengan anaknya, Mariam menjawab: "Saya akan minta maaf pada Ramlah, Jelani dan Jamnah, kerana bukan niat emak (Mariam) untuk tinggalkan kalian sehingga hari ini".

(Sebelum perbualan ini, wartawan Berita Harian dimaklumkan jururawat, Shin Angela bahawa Mariam tidak mengetahui akan berjumpa dengan anaknya esok kerana Korea Broadcasting System (KBS) mahu menjadikan pertemuan itu sebagai satu kejutan serta tidak mahu menjejaskan kesihatannya jika terlalu gembira mengetahui anaknya akan mengunjunginya.)

Katanya, beliau mengakui meninggalkan mereka yang masih kecil kira-kira 64 tahun lalu untuk ke Korea dan berjanji akan pulang selepas semua urusan di negara itu selesai tetapi keadaan yang berlaku ketika itu menyebabkan beliau terkandas di negara itu selama 61 tahun.

Mariam terpisah dengan tiga anaknya sejak 1943 menyebabkan keluarganya di Malaysia menyangka beliau sudah meninggal dunia.

Kisah liku kehidupan Mariam disiarkan akhbar Kumpulan The New Straits Times Press (NSTP) pada 23 Jun lalu dan mendapat respons daripada keluarganya yang menetap di beberapa tempat di Johor Bahru serta Kota Tinggi.

Esok Mariam dan dua anaknya dipertemukan dalam rancangan Cinta di Asia (Love in Asia) melalui program The Way Home di studio KBS.

Antara yang akan turut hadir pada pertemuan itu ialah anak lelaki Ramlah, Ahmad Onn, 41 serta menantu Jamnah, Siti Zainab Noor, 35 yang mewakili mentuanya, selain Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk Ghafar Abdullah dan Ketua Puteri Umno, Datuk Noraini Ahmad.
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

» Post a Comment
 
   





© 2006 The Fairytales,Wife and a Mother | Design by pHiz.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.