<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d35535922\x26blogName\x3dThe+Fairytales,Wife+and+a+Mother\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://july80.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://july80.blogspot.com/\x26vt\x3d-141458345386424039', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

The Fairytales,Wife and a Mother

Let me tell you one story, once upon a time ...
 

Few pix trip to Ledang

Monday, March 03, 2008



Kes Nurin : Bapa tuntut mayat Nurin

Thursday, September 20, 2007

KUALA LUMPUR: Dengan linangan air mata, Jazimin Abdul Jalil, pagi ini menuntut mayat anaknya Nurin Jazlin, 8, dari Hospital Kuala Lumpur untuk dikebumikan selepas solat Jumaat.

Jazimin, 33, yang sebelum ini menafikan mayat itu adalah anaknya yang hilang diculik sejak 20 Ogos lalu walaupun ujian asid deoksiribonukleik (DNA) membuktikan sebaliknya, dilihat sebak dan berterusan mengalir air mata sepanjang proses menuntut mayat Nurin Jazlin, mangsa bunuh dan penderaan seksual.

Jazimin, yang berbaju Melayu merah jambu dan berseluar hitam dengan ditemani keluarga dan sanak saudaranya, dibenarkan membawa keluar mayat anak gadisnya itu pada jam 11.15 pagi ini, dan selepas bacaan doa lalu beredar keluar dengan sebuah van, sambil disaksikan sayu oleh orang ramai dan kakitangan hospital.

Di Seksyen Satu, Wangsa Maju di kediaman keluarga itu, ibu kanak-kanak itu, Norazian Bistaman, 35, menunggu suaminya untuk membawa pulang buat kali terakhir Nurin Jazlin yang lebih mesra dengan panggilan 'Kak Ngah' dalam kalangan keluarga dan jirannya.

Jenazah Nurin Jazlin akan dikebumikan di tanah perkuburan Islam Wangsa Maju selepas solat Jumaat ini.

Semalam, polis mengesahkan ujian DNA terhadap mayat kanak-kanak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Petaling Jaya Utama Isnin lalu adalah Nurin Jazlin yang hilang sejak sebulan lalu.

Ketua Polis Daerah Petaling Jaya ACP Arjunaidi Mohamed berkata ujian darah mayat dan juga ibu bapa Nurin Jazlin mengesahkan hubungan antara kedua-dua pihak.

Bagaimanapun, ibu bapa Nurin Jazlin sangsi dengan ujian itu dan meminta supaya dibuat ujian DNA kali kedua yang sepatutnya diketahui keputusannya Ahad ini.

Nurin Jazlin, pelajar tahun dua Sekolah Rendah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang pada 20 Ogos setelah keluar bersendirian untuk ke pasar malam berhampiran rumahnya di Seksyen Satu, Wangsa Maju di sini.

Mayat budak perempuan yang tidak berbaju yang dipercayai menjadi mangsa deraan seks ditemui oleh pemilik lot kedai di Jalan PJS 1 pada pagi Isnin lepas.

Bedah siasat mendapati pembunuh memasukkan timun dan terung ke dalam kemaluan mangsa, menyebabkan rektumnya pecah hingga dijangkiti bakteria, dan ini antara faktor yang menyumbang kepada kematian kanak-kanak itu.

Kanak-kanak itu yang ditemui mati berkeadaan kurus kering selain mempunyai pelbagai kesan lebam pada badannya, dan ini menyebabkan ibu bapa Nurin Jazlin tidak mengenalinya ketika membuat pengecaman pertama kali Isnin lalu.


**** Semoga Allah mencucuri rahmat ke atasnya.
**** Ambil iktibar dari apa yang terjadi ke atas Nurin, sentiasalah
pantau dan ketahui ke mana dan di mana anak-anak kita.

Kes Nurin : Keputusan DNA Tepat




KUALA LUMPUR: Keputusan ujian asid deoksirinukliek (DNA) adalah tepat dan muktamad jika tiada kerosakan pada sampel, kata Pengarah Hospital Kuala Lumpur (HKL), Datuk Dr Zaininah Mohd Zain.

"Keputusan ujian DNA secara saintifik adalah konklusif," katanya ketika ditanya mengenai ketepatan ujian DNA dalam mengenal pasti identiti manusia atau mayat berdasarkan pengalamannya dalam bidang perubatan.

Semalam, polis mengumumkan hasil ujian DNA mayat budak perempuan yang ditemui dalam beg di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

Bagaimanapun, Jazimin Abd Jalil, 33, yang dua kali membuat pengecaman mayat budak perempuan berkenaan tidak mahu menerima keputusan DNA itu berdasarkan beberapa ciri yang berbeza termasuk rambut, gigi dan tanda parut pada paha.

Berikutan itu, polis akan membuat ujian DNA kali kedua bagi mengesahkan perkara itu.
Sebelum ini, keputusan DNA pernah diragui oleh keluarga penyanyi kumpulan Spoon atau lebih dikenali sebagai Along yang dilaporkan hilang sebelum ditemui mati dibunuh pada tahun 2000.

Dr Zaininah berkata, laporan ujian DNA biasanya mengambil masa dua atau tiga hari.

Beliau bagaimanapun enggan mengulas kes Nurin Jazlin dan mayat budak perempuan berkenaan kerana semuanya diserahkan kepada polis.

Mengenai kesan suntikan termasuk BCG, Dr Zaininah berkata, bukan semua suntikan meninggalkan kesan atau tanda kerana bergantung kepada individu.

Katanya, ketiadaan kesan suntikan BCG juga boleh berlaku pada kanak-kanak tempatan jika tidak hadir ke sekolah pada hari sepatutnya menerima suntikan berkenaan.

"Biasanya suntikan BCG diberikan kepada kanak-kanak berusia tujuh tahun dan dilakukan di sekolah," katanya.

Polis sebelum ini tidak menolak kemungkinan mayat budak perempuan dalam beg itu rakyat asing kerana tidak menemui kesan suntikan pada tubuhnya.

Ibu bapa Nurin Jazlin semalam turut mengesahkan anaknya ada menerima suntikan BCG.

Kes Nurin : Mayat dalam beg sah Nurin





Ujian DNA dapati 99.99 peratus sampel darah budak hilang sepadan ibu bapa

SHAH ALAM: Ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan sampel darah mayat kanak-kanak yang ditemui dalam beg pakaian di Taman Petaling Utama, Isnin lalu, sepadan dengan ibu bapa Nurin Jazlin Jazimin, 8, yang dilaporkan hilang sejak sebulan lalu.

Keputusan ujian yang diperoleh polis pada jam 2 petang semalam itu, dimaklumkan kepada ibu bapa Nurin, Jazimin Abdul Jalil dan Norazian Bistaman sejam selepas itu. Bagaimanapun kedua-duanya, yang dipanggil sekali lagi untuk membuat pengecaman mayat di Hospital Kuala Lumpur (HKL), menafikan mangsa pembunuhan kejam itu adalah anak mereka.

Ketua Polis Selangor, Datuk Khalid Abu Bakar, berkata Jabatan Kimia memaklumkan ujian DNA itu mendapati 99.99 peratus sampel darah kanak-kanak itu sepadan dengan sampel darah ibu bapa Nurin, yang diambil selepas proses pengecaman mayat kali pertama, Isnin lalu.

"Ujian DNA mengesahkan sampel darah itu mempunyai padanan. Sains sudah membuktikan identiti mayat itu. Apa lagi yang boleh kita buat kalau keputusan ini tidak boleh diterima keluarganya," katanya pada sidang media di sini, semalam.

Sehubungan itu, Khalid berkata, ujian susulan akan dijalankan bagi menentukan kesahihan identiti mayat kanak-kanak perempuan itu

"Kita sudah meminta ibu bapa Nurin serta kakaknya untuk diambil darah mereka bagi ujian selanjutnya. Ahli keluarga terdekat Nurin, termasuk datuk dan neneknya akan turut diminta membuat pengecaman.

Kita berharap semua pihak, terutama keluarga Nurin dapat memberi kerjasama penuh dalam usaha menyelesaikan kes ini," katanya.

Sementara itu, Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan, berkata polis sudah mendapat petunjuk awal bagi menjejaki pembunuh kanak-kanak itu.

"Kita sedang mengawasi seorang suspek yang dipercayai terbabit dalam kes pembunuhan kejam ini," katanya pada sidang media selepas mengadakan mesyuarat dengan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil di ibu negara.

Beliau yang enggan mendedahkan identiti suspek, berkata polis masih menjalankan siasatan dan belum dapat memastikan sama ada pembunuhan kejam itu dilakukan pembunuh bersiri.

"Kita sudah ada petunjuk dan maklumat serta sedang menjalankan siasatan. Setakat ini kita tahu hanya seorang yang terbabit dalam pembunuhan kejam kanak-kanak itu. Suspek juga masih berada di sekitar Lembah Klang," katanya

Musa juga berkata, ujian DNA kali kedua akan dilakukan terhadap ibu bapa Nurin bagi mendapatkan pengesahan mutakhir identiti mayat kanak-kanak itu.

"Identiti mayat itu belum dapat disahkan sebagai Nurin kerana menurut bapanya mangsa tidak mempunyai tanda lahir di paha kiri seperti pada mayat kanak-kanak itu. Saya sudah arahkan Ketua Polis Selangor (Khalid) membuat ujian DNA kali kedua dan keputusannya akan diperoleh dalam masa terdekat," katanya.

Mengulas lanjut, Khalid berkata, menjadi prosedur biasa bagi polis menjalankan ujian susulan bagi mengenal pasti identiti mayat yang tidak dikenali, terutama membabitkan kes jenayah, malah kes Nurin itu bukan yang pertama.

"Pernah berlaku kes sama sebelum ini membabitkan penyanyi, Along Spoon, yang mayatnya ditemui dalam guni di kawasan terpencil di Negeri Sembilan. Ujian DNA mengesahkan mayat itu adalah Along Spoon, tetapi keluarganya tidak dapat menerima hasil ujian itu," katanya.

Mengenai ketiadaan kesan suntikan (BCG) pada mayat kanak-kanak itu hingga timbul dakwaan kemungkinan mangsa warga asing, beliau berkata polis masih menunggu laporan lengkap perubatan dan penjelasan doktor berhubung perkara itu."

Ditanya sama ada ibu bapa Nurin akan dipanggil untuk disoal siasat, beliau berkata, tindakan itu bukan satu keperluan ketika ini, namun mereka akan diminta menjelaskan sebab mayat kanak-kanak itu dikatakan bukan anak mereka.

Difahamkan, bapa Nurin dipanggil ke Balai Polis Wangsa Maju, kira-kira 4.30 petang untuk memberi keterangan berhubung keengganannya menerima keputusan ujian DNA itu.

"Polis akan turut meneliti sama ada kes penemuan mayat kanak-kanak ini dan kehilangan Nurin mempunyai kaitan dengan 'Lelaki Kucing' yang terbabit dalam beberapa kes pencabulan kanak-kanak di Kampung Baru sebelum ini," katanya.

KRONOLOGI:

20 Ogos - Nurin hilang ketika berjalan seorang diri ke pasar malam dekat rumahnya di Wangsa Maju
24 Ogos - Media melaporkan kehilangan Nurin
26 Ogos - Ganjaran RM5,000 ditawarkan kepada sesiapa yang memberi maklumat
28 Ogos - Polis mengumumkan memanggil 30 individu memberi keterangan berhubung kehilangan Nurin dan kes diklasifikasikan sebagai culik
29 Ogos - Polis mendapat petunjuk mengatakan Nurin ditarik masuk ke dalam sebuah van pada hari kehilangannya
1 September - Keluarga Muhammad Nazrin Shamsul Ghazali atau Yin, 5, yang pernah hilang di pusat beli-belah Sogo, Kuala Lumpur hujung Mac lalu, menasihati keluarga Nurin menubuhkan jawatankuasa bagi menyusun strategi mencarinya
3 September - Polis menubuhkan pasukan khas mengesan Nurin
3 September - Ganjaran kepada sesiapa yang memberi maklumat meningkat kepada RM8,000
4 September - Ganjaran meningkat kepada RM13,000
5 September - Nurin didakwa dilihat berada di Seremban
5 September - Penemuan sebuah van putih di kawasan belukar di Jalan Klang Lama di sini, menggemparkan masyarakat yang menyangka ia mempunyai kaitan kehilangan Nurin
10 September - Seorang budak perempuan berusia sembilan tahun merayau seorang diri di Taman Tasik Puteri, Rawang, disangkakan Nurin
11 September - Hari ulang tahun ke-8 Nurin
14 September - Ganjaran meningkat kepada RM26,000
17 September - Mayat seorang kanak-kanak ditemui dalam beg pakaian di Petaling Jaya Utama tetapi ibu bapa Nurin menafikan kanak-kanak itu anak mereka berdasarkan pengecaman fizikal
17 September - DNA ibu bapa Nurin diambil untuk diperiksa dan dipadankan dengan mayat itu
20 September - DNA ibu bapa Nurin disahkan sepadan dengan mayat kanak-kanak berkenaan

Kes Nurin : Bekas pesalah seksual kena pakai gelang khas




KUALA LUMPUR: Individu yang pernah dipenjara atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, akan diwajib memakai cip dan gelang khas selepas dibebaskan bagi membolehkan polis mengawasi pergerakan bekas banduan itu.

Sistem pengesan pelaku jenayah seksual itu adalah antara elemen jaringan keselamatan bersepadu yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata jaringan keselamatan bersepadu itu terkandung dalam Polisi Perlindungan Kanak-Kanak (CPP) yang akan digubal dalam tempoh terdekat.

Menerusi sistem pengesan itu, maklumat penjenayah terbabit turut dipaparkan di internet dan orang ramai serta pihak berkuasa boleh merujuk laman web berkenaan jika berlaku sebarang kes jenayah kanak-kanak.

"Ada antara mereka menjadi penjenayah bersiri. Sistem pengesan ini akan memudahkan polis mengawal atau menjejaki suspek jika berlaku sebarang jenayah. Kita tidak mahu apabila keluar penjara, dia bebas ke mana-mana dan melakukan jenayah lagi.

"Ini untuk menjamin keselamatan kanak-kanak. Kita tidak mahu ada lagi kes seperti yang berlaku kepada Nurin. Kita mahu Malaysia menjadi negara yang selamat untuk kanak-kanak," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, semalam
Shahrizat berkata, pada umumnya mesyuarat itu bersetuju untuk mewujudkan CPP dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara. CPP akan dimulakan dari rumah bagi menyedarkan ibu bapa mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan kanak-kanak.

Katanya, talian 999 yang sebelum ini digunakan orang ramai untuk melaporkan kejadian kebakaran atau jenayah lain, juga akan dijadikan talian aduan mengenai kes jenayah kanak-kanak.

Talian 999 akan diguna pakai sehingga Talian Bantuan Kanak-Kanak diwujudkan kementeriannya khusus untuk membantu sesiapa saja termasuk ibu bapa, kanak-kanak dan masyarakat yang memerlukan pertolongan dan membuat laporan mengenai kes penderaan dan jenayah kanak-kanak.

"Kerajaan kita sangat prihatin. Kita ambil berat setiap kes seumpamanya yang berlaku dan ambil tindakan seberapa segera untuk menanganinya.

"Tetapi apa yang penting, ibu bapa perlu ambil berat. Begitu juga masyarakat kena ambil berat sesama mereka dan ambil tahu apa yang berlaku pada jiran dan masyarakat sekeliling. Kalau ada apa-apa yang berlaku, laporkan," katanya.

Shahrizat berkata, kementeriannya juga tidak akan berkompromi lagi dengan ibu bapa yang didapati mengabaikan penjagaan dan keselamatan anak.

"Selepas ini, kalau ada kes jenayah kanak-kanak berlaku disebabkan kecuaian ibu bapa, kita tidak akan belas kasihan dan akan terus ambil tindakan mahkamah. Kita akan kuatkuasakan Akta Kanak-Kanak 2001 secepat mungkin.

"Kementerian juga mengadakan pelbagai kursus kekeluargaan dan keibubapaan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat untuk menangani kes penderaan dan kehilangan kanak-kanak," katanya

Kes Nurin: Nurin Jazlin masih hidup: Ayah





KUALA LUMPUR: "Itu bukan anak saya, saya yakin Nurin Jazlin masih hidup," kata Jazimin Abd Jalil, walaupun hasil ujian asid deoksiribonukleik (DNA) mengesahkan mayat budak perempuan yang ditemui dalam sebuah beg sukan di Taman Petaling Utama, Petaling Jaya, dekat sini Isnin lalu, adalah anaknya yang hilang sejak sebulan lalu.

"Saya kenal anak saya, rupa (mayat dalam beg) masih ada, kalau tinggal tulang, saya pun tak kenal, jadi saya minta polis jangan tutup kes... cari anak saya," katanya ditemui di Jabatan Perubatan Forensik, Hospital Kuala Lumpur (HKL) di sini, semalam.

Jazimin, 33, berkata, beliau yakin mangsa bukan anaknya berdasarkan rambut mayat yang kerinting, bergigi besar, tidak mempunyai parut, kesan suntikan BCG dan mempunyai wajah yang tiada iras kanak-kanak Melayu

Beliau berkata, anaknya Nurin Jazlin, 8, berambut lurus, mempunyai gigi lebih kecil dan rapat serta mempunyai parut akibat luka di pangkal pehanya.

Beliau dan isterinya, Norazian Bistaman, 35, dibawa dengan kenderaan polis dari rumah mereka di Wangsa Maju ke HKL untuk membuat pengecaman kali kedua ke atas mayat budak perempuan yang ditemui dalam beg berkenaan, selepas keputusan DNA mengesahkan ia adalah Nurin Jazlin.

Selain mereka, empat lagi anggota keluarga terdekat iaitu Nurziahanim Bistaman, 47; Mohd Naim Bistaman, 49; Jasni Abd Jalil, 44 dan Jazlan Abd Jalil, 38 turut membuat pengecaman dan semuanya menolak mayat itu sebagai Nurin Jazlin.
"Saya akui ketika kali pertama membuat pengecaman (Isnin lalu) saya berdebar-debar tetapi apabila dipanggil kali kedua hari ini (semalam) saya cuma berasa hairan.

"Saya sudah lihat (mayat), tiada persamaan. Rambut anak saya lurus tetapi rambut budak itu pendek dan kerinting, budak itu seperti rakyat Myanmar, tak ada iras muka Melayu, Cina atau India sedangkan anak saya muka Melayu," katanya.




Mariam tetamu kerajaan Johor

Monday, September 03, 2007

Mariam Johari, 86, yang dijangka tiba ke negara ini malam ini akan diletakkan di bawah tanggungjawab kerajaan Johor bagi memastikan wanita kelahiran Plentong, Johor Bahru itu dapat menemui anak serta keluarga yang ditinggalkan sejak 64 tahun lalu.

Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Kesihatan negeri, Datuk Halimah Mohamed Sadique, berkata Timbalan Setiausaha Kerajaan Negeri, Datuk A Ghaffar Abdullah diberi tanggungjawab menguruskan Mariam ketika berada di Johor.

Katanya, Mariam akan menginap di sebuah hotel berdekatan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana penerbangannya dijangka tiba kira-kira jam 11.30 malam dan beliau hanya akan dibawa dengan kenderaan khas ke Kota Tinggi, pagi esoknya.

Beliau berkata, pentadbiran Hospital Kota Tinggi (HKT) juga sudah diarah menyediakan ambulans untuk mengiringi Mariam dari KLIA bagi memastikan wanita itu menerima bantuan segera berikutan masalah kesihatannya.

“Sebaik beliau mendarat di KLIA, semua urusan membawa Mariam balik ke kampungnya menjadi tanggungjawab Kerajaan Johor dan apabila sampai di Johor, beliau hanya akan menghabiskan masa enam hari itu untuk bersama keluarganya.

“Beliau seharusnya diberi peluang bersama keluarga dan bukan hanya menjadi bahan untuk dokumentari Korea Broadcasting System (KBS),” katanya di sini, semalam.

Mariam akan balik ke Malaysia menaiki pesawat Korean Air bersama anak tirinya, Ji Yong Un, 56; isteri Ji, Shin Sook Hyun, 56; anak Ji, Ji Dong Uk, serta dua wakil KBS.

Halimah berkata, selepas dua anak Mariam balik dari Korea Selatan baru-baru ini, kerajaan negeri sering berhubung dengan Kedutaan Malaysia di Seoul, untuk membawa balik wanita itu ke Malaysia.

“Kali terakhir kami berhubung dengan kedutaan kita di sana pada minggu lalu, tetapi dimaklumkan Mariam belum bersedia ke Malaysia kerana kesihatannya tidak mengizinkan.

“Bagaimanapun selepas itu, kami dimaklumkan KBS sudah menguruskan kepulangan Mariam dan kerajaan negeri berterima kasih kepada stesen penyiaran itu, tetapi saya ingin tegaskan apabila sampai di Johor, program Mariam hanyalah untuk bersama keluarganya bukan dibawa ke tempat lain sebagai bahan untuk dokumentari... itu permintaan anak Mariam sendiri,” katanya.

Amalina dapat 5A A-Level








JOHOR BAHRU: Nur Amalina Che Bakri (gambar) yang mencatat sejarah mendapat 17A1 dalam peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2004, sekali lagi mencapai kecemerlangan apabila memperoleh 5A bagi program A-Level di Cheltenham Ladies College (CLC), Gloucestershire, United Kingdom.

Nur Amalina, 20, pelajar tajaan Bank Negara Malaysia (BNM) mendapat 5A bagi Matematik Tambahan, Matematik, Biologi, Kimia dan Ekonomi. Beliau juga muncul pelajar tunggal mendapat merit bagi subjek tambahan, Kimia Tambahan, sekali gus menerima Anugerah Kecemerlangan Bank Negara pada Selasa lalu.

Beliau adalah anak Melayu pertama lulus cemerlang dengan pangkat 5A dalam peperiksaan berkenaan.

Bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Ulu Tiram, Johor Bahru itu juga diterima masuk ke College of Medicine and Veterinary Medicine di The University of Edinburgh bagi melanjutkan pengajian Ijazah Sarjana Muda Pengajian Perubatan, Surgeri dan Sains selama enam tahun bermula pertengahan bulan ini.

Nur Amalina yang kini bercuti dua bulan, ketika ditemui di sini, semalam, berkata beliau perlu mendaftar di universiti itu Sabtu ini bagi menjalani minggu orientasi sebelum kelas bermula pada 16 September.

“Sebelum ini, saya memohon empat universiti, iaitu Universiti Cambridge serta Imperial College, London, University Bristol dan The University of Edinburgh. Daripada empat permohonan itu, saya menerima surat tawaran daripada Universiti Bristol pada Februari, diikuti Universiti Imperial dan terakhir The University of Edinburgh pada 18 Mac lalu.

“Saya memilih Edinburgh kerana saya pernah melawatnya dan sangat sukakan tempat itu kerana ia nyaman dan tenang walaupun agak sejuk walaupun pada musim panas,” katanya yang akan berlepas ke London hari ini.


***Hopefully I will follow her….finish my bachelor degree on 2010 with flying colours…….

Happy Merdeka Day

Thursday, August 30, 2007


Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Merdeka ! Merdeka !
Tetaplah merdeka
Ia pasti menjadi sejarah

Tanggal 31
Bulan lapan lima puluh tujuh
Hari yang mulia
Hari bahagia
Sambut dengan jiwa yang merdeka

Mari kita seluruh warga negara
Ramai-ramai menyambut hari merdeka
Merdeka !
Tiga satu bulan lapan lima puluh tujuh
Hari mulia negaraku merdeka

FROGS

Tuesday, August 28, 2007


Once upon a time there was a bunch of tiny frogs.... who arranged a running competition. The goal was to reach the top of a very high tower.
A big crowd had gathered around the tower to see the race and cheer on the contestants....

The race began....
Honestly:
No one in crowd really believed that the tiny frogs would reach the top of the tower. You heard statements such as:

"Oh, WAY too difficult!!"
"They will NEVER make it to the top."
or:
"Not a chance that they will succeed. The tower is too high!"

The tiny frogs began collapsing. One by one....
Except for those, who in a fresh tempo, were climbing higher and higher....
The crowd continued to yell, "It is too difficult!!! No one will make it!"
More tiny frogs got tired and gave up....
But ONE continued higher and higher and higher....
This one wouldn't give up!

At the end everyone else had given up climbing the tower. Except for the one tiny frog who, after a big effort, was the only one who reached the top!
THEN all of the other tiny frogs naturally wanted to know how this one frog managed to do it? A contestant asked the tiny frog how he had found the strength to succeed and reach the goal?
It turned out....

That the winner was DEAF!!!!

The wisdom of this story is:
Never listen to other people's tendencies to be
negative or pessimistic.... because they take your most wonderful dreams and wishes away from you -- the ones you have in your heart!
Always think of the power words have.
Because everything you hear and read will affect your actions!
Therefore:
ALWAYS be....
POSITIVE!
And above all:
Be DEAF when people tell YOU that you cannot fulfill your dreams!

Always think:
God and I can do this!

Just for laugh...a true man/woman story

Monday, August 27, 2007

A Woman was out golfing one day when she hit the ball into the woods.

She went into the woods to look for it and found a frog in a trap.

The frog said to her, "If you release me from this trap, I will grant you three wishes."

The woman freed the frog, and the frog said, "Thank you, but I failed to mention that there was a condition to your wishes.

Whatever you wish for, your husband will get times ten!"

The woman said, "That's okay."

For her first wish, she wanted to be the most beautiful woman in the world.

The frog warned her, "You do realize that this wish will also make your husband the most handsome man in the world, an Adonis whom women will flock to".

The woman replied, "That's okay, because I will be the most beautiful Woman and he will have eyes only for me."

So, KAZAM-she's the most beautiful Woman in the world!

For her second wish, she wanted to be the richest woman in the world.

The frog said, "That will make your husband the richest man in the world. And he will be ten times richer than you."

The woman said, "That's okay, because what's mine is his and what's his is mine."

So, KAZAM-she's the richest woman in the world!

The frog then inquired about her third wish, and she answered, "I'd like a mild heart attack."

The man had a heart attack ten times milder than his wife...????

Moral of the story: Women are clever. Don't mess with them.
Moral of the story : But women sometimes dumb... but think they're really smart.....hehehehe

Kisah benar anak pemotong rumput




Malam 4 Ogos lalu, di Dewan Tuanku Syed Putra, Universiti Sains
Malaysia, Pulau Pinang, pelakon filem Mukhsin, Mohd. Syafie Naswip
diumumkan sebagai pemenang bagi kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik
pada acara gemilang Festival Filem Malaysia Ke-20 (FFM20).

Sejurus itu, seorang kanak-kanak berusia 15 tahun melangkah yakin ke
pentas penerima trofinya.

Dewan bergema dengan tepukan gemuruh penonton. Turut menyaksikannya,
jutaan penonton Astro yang membuat siaran langsungnya.

Namun malam itu, nun di sudut hati Syafie, tercalit rasa hiba kerana
kejayaan itu tidak dapat dikongsi bersama ibu yang dikasihi.

"Rumah saya tak ada Astro. Saya dah telefon mak, nak beritahu, tapi
tak dapat," adunya tatkala Kak Tim bertanyakan, apa kata ibunya
tentang kemenangannya.

Memang sejak dari awal, kanak-kanak ini menarik perhatian .
Walaupun Finas menyediakan bas untuk membawa delegasi festival itu ke
Pulau Pinang, tapi pelakon kanak-kanak lain, datang bersama anggota
keluarga masing-masing.
Cuma Syafie yang Kak Tim perhatikan, bersendirian.
"Saya nak juga bawa emak. Tapi dia orang kata kena bayar," jelas
Syafie selamba.
"Bapa kerja apa?" Tanya Kak Tim.
"Pemotong rumput. Kadang-kadang cat rumah orang juga," tulus dan bersahaja dia menjawab.
"Tak sekolah?" Tanya Kak Tim lagi.
"Sekolah di Gombak. Tahun ini ambil PMR. Sebab itu hampir saja saya
tidak dapat ikut festival ni. Cikgu tak beri. Dia kata asyik shooting
saja. Dia bimbang, nanti saya tak dapat fokus PMR.
"Tapi saya merayu. Keluarga saya orang susah dan saya anak tunggal.
Shooting pun dapat duit. Hari tu, saya berlakon empat drama, dapat duit.
Boleh juga bantu keluarga," kata Syafie.
"Berlakon filem Mukhsin dulu tu, saya dapat RM10,000. Saya bagi emak
RM500 dan ayah RM500. Selebihnya saya simpan.

Saya nak jadi jurukamera filem. Nanti kalau nak ambil kursus tu tentu
kena pakai banyak duit. Nasiblah akhirnya cikgu izinkan saya ke festival."
Begitu cerita Syafie panjang lebar, lalu tersenyum menyerlahkan lesung
pipit di pipi kiri dan kanannya.

Dan pada pagi delegasi berkumpul di Finas untuk berangkat ke Pulau
Pinang, Syafie merupakan orang pertama sampai di Finas.
"Saya tak tahu pukul berapa bas nak bertolak. Orang kata pagi. Jadi
saya tunggu ajalah. Nasib Finas sediakan nasi lemak."

Rupanya ada yang cerita , semasa rombongan berhenti makan
tengahari di Tapah, Perak, Syafie tidak turut serta.
"Dia tertinggal duit," bisik sumber.
Kasihan. Tapi kanak-kanak itu ada harga diri. Dia tidak kelihatan
sewaktu orang sibuk menjamu selera di kawasan Rawat dan Rehat Tapah
itu. Entah di mana dia menyembunyikan diri.

"Tak apa. Saya dah biasa macam tu," kata Syafie selamba disaat Kak Tim
tanyakan kenapa tak beritahu masalahnya.
"Tapi sekarang saya dah ada duit. Nek Mah (Ruminah Sidek) bagi. Masa
sampai di lobby hotel, tiba-tiba Nek Mah bagi saya RM50." Sekali lagi
kanak-kanak ini menyerlahkan lesung pipitnya.

Dan sewaktu perjalanan pulang ke Kuala Lumpur. ketika bas singgah di
Hentian Sungai Perak, Kak Tim tengok Syafie membeli sebiji limau bali.
"Duit yang Nek Mah bagi, masih ada baki. Limau ni saya beli untuk mak.
Buah tangan," katanya tersenyum.

Sampai di Finas, Syafie dijemput ayahnya. Dia bukan saja membawa
pulang trofi dan buah limau untuk ibunya. Tapi wang hadiah
kemenangannya sebanyak RM10,000.

Itulah Mohd. Syafie Naswip, Pelakon Kanak-Kanak Terbaik FFM20 yang
cuba mencari pengalaman sebagai pelakon untuk menjadi jurukamera filem
bagi merubah kehidupan keluarganya

Nurin Jazlin




Budak hilang perlu makan ubat rawat darah tinggi



KUALA LUMPUR: “Kami sekeluarga sangat risau dengan kesihatan Kak Ngah kerana dia perlu memakan ubat setiap hari. Kalau terlepas sehari, dia mungkin berdepan risiko besar untuk mendapat penyakit lebih serius.


Nurin Jazlin, 8, murid tahun dua Sekolah Kebangsaan Desa Setapak, dilaporkan hilang ketika dikatakan dalam perjalanan ke pasar malam berhampiran rumahnya pada kira-kira jam 8 malam, 20 Ogos lalu.

Kehilangannya yang genap seminggu semalam masih terus menjadi misteri dan setakat ini tiada sebarang petunjuk baru dia akan ditemui semula.

“Kami sekeluarga berharap sesiapa mempunyai maklumat mengenai kedudukan Kah Ngah, agar dapat menghubungi kami segera. Anak kami sangat memerlukan ubat untuk penyakitnya itu,” katanya.

Jazimin sebelum itu menerima kunjungan Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Zainal Abidin Osman dan isteri, Datin Shazarina Shamsudin di kediamannya di D10, Seksyen 1, Wangsa Maju, tengah hari semalam.


Norazian Bistaman, 35, isteri Jazimin adalah adik ipar kepada Zulkifli Osman iaitu adik Zainal Abidin.

Difahamkan, banyak maklumat diterima daripada orang ramai kononnya mengetahui kedudukan kanak-kanak itu sejak laporan mengenainya didedahkan media pada 22 Ogos lalu, namun tidak berasas.

Selain polis, usaha mencari anak kedua pasangan itu dilakukan dengan bantuan pelbagai pihak termasuk masyarakat setempat dan Pemuda Umno tetapi masih buntu sehingga semalam.

Usaha mencari turut dilakukan dengan bantuan media serta edaran risalah yang memaparkan gambar Nurin Jazlin. Nombor talian keluarga ini turut disiarkan iaitu 019-3667067 dan 013-2486651.

Jazimin berkata, sehingga kini keluarganya masih tidak dapat mengenal pasti punca anak mereka itu hilang biar pun ada dakwaan ia dilarikan orang tidak dikenali selepas menjadi mangsa pukau.

“Kami sekeluarga kini benar-benar pasrah kerana hampir semua ikhtiar sudah dilakukan, namun Kak Ngah tidak juga ditemui. Ada yang kata dia dibawa ke Hutan Melintang, Perak tetapi apabila kami ke sana dia tidak ada.

“Terbaru kelmarin ada panggilan memberitahu, anak kami berada di Tasik Sri Rampai tapi apabila kami ke sana, tidak ada langsung kelibat Kak Ngah. Polis juga memaklumkan, anak kami itu belum ditemui,” katanya.

*** Semoga kanak-kanak ini selamat. Sebagai seorang ibu saya turut bersimpati dengan apa yang menimpa keluarga ini.
Ambil iktibar dari kejadian ini. Pastikan anak-anak selalu ditemani kemana sahaja mereka pergi. Kita tidak tahu apa yang akan terjadi..... teringat princess kat rumah...

My heart and soul

Thursday, August 23, 2007


my lovely hubby and my little sweetheart....

Peperiksaan khas memasuki skim 41



22 Aug 2007, I'm sitting for exam for jawatan gred 41.
This is second time I'm sitting exam for government post.
All question for this exam much easier than before....the only thing
make me feel unhappy, the time short but the question a lot.
Pray to Allah, I will pass this exam....because this is the opportunity
to become a government servant
only.....amin
 
   





© 2006 The Fairytales,Wife and a Mother | Design by pHiz.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.