<body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar.g?targetBlogID\x3d35535922\x26blogName\x3dThe+Fairytales,Wife+and+a+Mother\x26publishMode\x3dPUBLISH_MODE_BLOGSPOT\x26navbarType\x3dBLUE\x26layoutType\x3dCLASSIC\x26searchRoot\x3dhttps://july80.blogspot.com/search\x26blogLocale\x3den_US\x26v\x3d2\x26homepageUrl\x3dhttp://july80.blogspot.com/\x26vt\x3d-141458345386424039', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script>

The Fairytales,Wife and a Mother

Let me tell you one story, once upon a time ...
 

Kes Nurin : Bekas pesalah seksual kena pakai gelang khas


KUALA LUMPUR: Individu yang pernah dipenjara atas kesalahan jenayah seksual terhadap kanak-kanak, akan diwajib memakai cip dan gelang khas selepas dibebaskan bagi membolehkan polis mengawasi pergerakan bekas banduan itu.

Sistem pengesan pelaku jenayah seksual itu adalah antara elemen jaringan keselamatan bersepadu yang akan diperkenalkan oleh Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dengan kerjasama Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil, berkata jaringan keselamatan bersepadu itu terkandung dalam Polisi Perlindungan Kanak-Kanak (CPP) yang akan digubal dalam tempoh terdekat.

Menerusi sistem pengesan itu, maklumat penjenayah terbabit turut dipaparkan di internet dan orang ramai serta pihak berkuasa boleh merujuk laman web berkenaan jika berlaku sebarang kes jenayah kanak-kanak.

"Ada antara mereka menjadi penjenayah bersiri. Sistem pengesan ini akan memudahkan polis mengawal atau menjejaki suspek jika berlaku sebarang jenayah. Kita tidak mahu apabila keluar penjara, dia bebas ke mana-mana dan melakukan jenayah lagi.

"Ini untuk menjamin keselamatan kanak-kanak. Kita tidak mahu ada lagi kes seperti yang berlaku kepada Nurin. Kita mahu Malaysia menjadi negara yang selamat untuk kanak-kanak," katanya selepas mengadakan mesyuarat bersama Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan dan pertubuhan bukan kerajaan (NGO) di sini, semalam
Shahrizat berkata, pada umumnya mesyuarat itu bersetuju untuk mewujudkan CPP dan perbincangan lanjut akan diadakan dengan pihak berkaitan termasuk Jabatan Peguam Negara. CPP akan dimulakan dari rumah bagi menyedarkan ibu bapa mengenai tanggungjawab menjaga keselamatan kanak-kanak.

Katanya, talian 999 yang sebelum ini digunakan orang ramai untuk melaporkan kejadian kebakaran atau jenayah lain, juga akan dijadikan talian aduan mengenai kes jenayah kanak-kanak.

Talian 999 akan diguna pakai sehingga Talian Bantuan Kanak-Kanak diwujudkan kementeriannya khusus untuk membantu sesiapa saja termasuk ibu bapa, kanak-kanak dan masyarakat yang memerlukan pertolongan dan membuat laporan mengenai kes penderaan dan jenayah kanak-kanak.

"Kerajaan kita sangat prihatin. Kita ambil berat setiap kes seumpamanya yang berlaku dan ambil tindakan seberapa segera untuk menanganinya.

"Tetapi apa yang penting, ibu bapa perlu ambil berat. Begitu juga masyarakat kena ambil berat sesama mereka dan ambil tahu apa yang berlaku pada jiran dan masyarakat sekeliling. Kalau ada apa-apa yang berlaku, laporkan," katanya.

Shahrizat berkata, kementeriannya juga tidak akan berkompromi lagi dengan ibu bapa yang didapati mengabaikan penjagaan dan keselamatan anak.

"Selepas ini, kalau ada kes jenayah kanak-kanak berlaku disebabkan kecuaian ibu bapa, kita tidak akan belas kasihan dan akan terus ambil tindakan mahkamah. Kita akan kuatkuasakan Akta Kanak-Kanak 2001 secepat mungkin.

"Kementerian juga mengadakan pelbagai kursus kekeluargaan dan keibubapaan bagi meningkatkan kesedaran ibu bapa dan masyarakat untuk menangani kes penderaan dan kehilangan kanak-kanak," katanya
« Home | Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »
| Next »

» Post a Comment
 
   





© 2006 The Fairytales,Wife and a Mother | Design by pHiz.
No part of the content or the blog may be reproduced without prior written permission.